28 January 2012

Alatan Tangan Kerja Paip (Bahagian 2/3)

Kikir Bulat

  • Untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG

Kikir Rata

  • Untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG

Pelocok

  • Untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki

Pita Pengukur

  • Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip

Gergaji besi
  • Untuk mememotong batang paip BG dan PVC

Alatan Tangan Kerja Paip (Bahagian 1/3)

Perengkuh Paip

  • Untuk memegang batang paip besi galvani (BG) ketika memasang atau membuka penyambung paip.

Sepana Boleh Laras


  • Untuk membuka kepala pili.

Sepana Hujung Terbuka



  • Untuk membuka kepala pili.

Playar Gabung

  • Untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil.

Playar Muncung Tirus (Halus)
  • Untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit.

Perbincangan untuk topik ini boleh dibuat laman Perbincangan

19 January 2012

Mengertikan Sebuah Kehidupan


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Kita tahu mati itu pasti. Bila-bila masa sahaja ajal kita pasti tiba. 70 kali malaikat Izrail turun ke dunia untuk menjenguk manusia dalam tempoh satu hari. Sampai adakala malaikat Izrail hairan tatkala menjenguk manusia ada yang masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa sedangkan dia diutus untuk mengambil nyawa mereka. Cuma bayangkan, jikalau salah satu waktu turunnya itu kebetulan sama dengan ajal kita, tiada apa yang dapat menangguhkannya walau sesaat sekalipun. Itu hakikat yang sering kali tersekat di minda kita.

Saban hari, kita bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan kita dapat yang terbaik dalam kehidupan dunia kita. Tapi cuba difikir gimana pula persediaan kita menuju ambang maut, hari Akhir, dan bertemu Kekasih Agung kita iaitu Allah. Emm, terasa begitu kerdil dan hinanya diri ini untuk memikirkan adakah kita sudah cukup tersedia untuk itu semua. Tidak salah untuk kejar kehidupan dunia, namun untuk akhirat jangan diperlekeh dan diperkecil sama sekali. Dunia ini hanya sementara, yang Allah jadikan sebagai ladang mencari untuk Hari Akhir kelak. Beruntunglah mereka-mereka yang dapat menyeimbangkan antara urusan duniawi dan ukhrawinya (moga kita tergolong sama).

Ingatan buat diri sendiri yang sentiasa leka dan buat pembaca semua. Moga kita tergolong dalam redhanya.